Thursday, May 24, 2012

Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku


persisiran pantai indah membelah duka2 hati ku.. pergi bersama sang ombak
aku masih menyisih mencari secebis ketenangan..
hanya lagu ini yang berlegar penuh asyik dalam fikiran.
Aku duduk termangu dibawah pokok rendang
nyaman dan damai aku rasakan. ku buang jauh pandanganku menghadap pantai

aku mengeluh berat, air jernih mula bertakung di tubir mata, gagal lagi aku..
menangislah aku bersendirian mencari jawapan pada persoalan yang berat.
bersabar dan terus bersabar agar aku beroleh ganjaran yang setimpal fikirku.

sayang aku hanya ingin kau tahu besar khayalan ku bersamamu, jangan kau persiakan,
jangan kau permainkan dan jangan kau palingkan. tunduk dan meratap lagi
jenuh sudah aku rasakan.

sekali lagi aku terluka dengan sikapmu sayang,
apa lagi yang kurang apa lagi hilang
ucapku perlahan namun masih boleh didengari oleh seorang pemuda berhampiranku

assalamualaikum, sapanya.
errrkkk maaf cik saya menganggu pula, tapi rasanya cik ni macam ade masalah je boleh saya tolong ke?

aku berpaling ke kiri serta mendongak sedikit, manis dan tenang melihat wajahnya.
aku tersenyum dan menggeleng. takde ape pun, takde la masalah besar cuma...aku terdiam

cuma ape ye cik? soalnya

cumaaa saya mungkin belum matang atau terlalu mengikut perasaan. luahku

kulihat pemuda tersebut sedikit berkerut. mungkin kurang jelas. dia terus melabuhkan punggungnya disebelahku.

maaf saya menganggu, bukan nak mengajar mahupun menasihati tapi sebagai berkongsi. bicaranya buatkan aku terdiam menanti.

saya bukan ustaz mahupun tok guru namun saya rasa kita sebagai manusia lebih baik berdoa dan bermunajat dari meratapi kesedihan. maaf bukan maksud saya untuk menyakiti hati cik, sudah 2 hari saya nampak cik termenung dan kemudiannya menangis memandang pantai indah ciptaan tuhan ni. saya rasa tentu cik ada masalah berat sehingga termenung dan menangis berhari-hari.

aku terpana seketika, bila pulak mamat ni pandang aku ni, terus aku jadi sedikit kaget. terkejut dengan penelitian pemuda tersebut terhadapku.

maaf cik kalo tidak selesa, saya cuma tidak mau lihat ade orang jerit sorang-sorang depan pantai ni nanti. oklah saya pergi dulu, hmm sebelum tu allah tidak akan memberi apa yang kita kehendaki tetapi allah akan memberi apa yang kita perlukan. jadi nilaikan balik berbaloikah cik duduk disini menangisi pemergian buah hati cik tu hanya kerana dia bukanlah orang yang cik perlukan dimata
allah.

dia terus berlalu pergi meninggalkan aku terpingga-pingga. cepat ak berpusing berkalih dari tempat dudukku. ternyiang-nyiang kata-kata pemuda tadi. allah tidak akan memberi apa yang kita mahukan tetapi allah beri apa yang kita perlukan. hmmm betul jugak cakap mamat ni..

aku bangun dan berlalu ke bilik dengan azam baru, mahu pulang menghadapi realiti dan kenyataan. aku boleh berdiri sendiri aku boleh hidup tanpa dirinya. ya, aku yakin dan tersenyum.

~bersambung~