Sunday, July 5, 2009

Silap Mata Atau Silap Penafsiran

mata ni buta atau akal ini yang hilang pertimbangan..
mungkin jauh benar rasenye akal ni tersasar..
pergi jauh dari satu dunia realiti..
tapi mata juga tak dapat menipu...
mata mengiakan apa yang difikirkan akal..

terdetik jua dalam hati inikah yang dinamakan cemburu...
mungkin jua tapi kenapa harus cemburu..
maka terjawab pertanyaan ini oleh hati
kerana cemburu itu tandanya sayang...
sampai mana sayang nye...
sampai mata serta akal tak mampu menanggungnye..

sampai mata ini letih sampai akal ini sempit..
sampai hati ini pedih..
begitulah hakikat serta realitinya cemburu..

pernah terlintas dalam fikiran aku satu ketika dahulu..apa ye yang dicari oleh hati bila kala cemburu melanda??namun jawapannye hanya tepu..diam membisu..
akal tak dapat memberikan jawapan yang rasional ketika itu..
namun aku tak pedulikan semuanya..

tapi pabila rasa itu bertandang lagi...
baru aku tahu bahawa cemburu itu pedih..
cemburu itu payah..dan cemburu itu jua menerbitkan rasa kurang selesa..
namun hakikat manusia didunia..penuh dengan pelbagai rasa..
yang pastinya hatiku ini belum mati..punyai deria untuk merasainya..
jika dibandingkan dengan manusia lain dimuka bumi tuhan ini..

urkkk...peningkan bila baca puisi kat atas ni...huhuhu itu la hobi ak kala ak boring atau sedih atau pening pala atau stress..aku rasa dengan menghadiahkan buah fikiran macam ni dapat bagi ak ruang untuk bernafas dan aku bangkit dari satu sudut dunia yang penuh dengan pelbagai masalah...ade jugak member ak pernah tya nape ko ni suke merapu2 menaip puisi yang orang langsung tak paham..jawapan aku pada si penanya itu..semua manusia dilahirkan berbeza2 dari sudut akal, perasaan, citarasa serta pendapat..kalau kau rasa puisi itu merapik maka tiada apa perkara tersirat yang kau dapat bila membaca puisi tu..tapi bila mana kau merasakan puisi itu indah maka beribu perkara tersirat dapat kau ketahui...maka sebagai penyelesaiannya tepuk dada tanya selera dan tanya minda anda..akan terjawab semuanya..daa...see you again in other writing..

0 SuaRa Orang:

Post a Comment